Jumlah Paparan Halaman

MyMengaji

Ahad, 16 September 2018

Skop Kerjaya Lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan


 Skop Kerjaya Lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan

Perkembangan pesat ekonomi negara membuka peluang yang luas kepada lulusan diploma bidang pengurusan perniagaan. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi maklumat di negara ini telah meningkatkan peranan bidang ini khususnya dan aspek pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi.
Dengan kata lain, program ini akan melahirkan siswazah-siswazah yang dapat memikul tugas-tugas sebagai seorang pengurus, perunding, pentadbir atau usahawan yang berkaliber serta profesional yang berkesan, cekap dan berhemah tinggi. Sebenarnya bidang ini merangkumi skop kerjaya yang luas.

Ini merupakan antara skop kerjaya bagi lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan sama ada pekerjaan disektor swasta atau awam.

# Pengurus Tadbir Perniagaan
Pengurus tadbir perniagaan ialah orang yang bertanggungjawab untuk menyediakan surat untuk menjalankan perniagaan. Mereka juga bertanggungjawab untuk menyediakan surat memohon pinjaman barang serta membina perancangan untuk memulakan perniagaan. Perancangan berkisarkan lokasi, waktu, produk perniagaan dan pembahagian tugas.



# Pembantu Peribadi
Selain itu, lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan juga boleh menceburi bidang kerjaya sebagai seorang pembantu peribadi. Pembantu peribadi ialah orang yang berada dekat dengan ketua atau pemimpin dan pastinya orang itu dilantik atas kepercayaan pemimpin tersebut. Pembantu peribadi bukanlah orang suruhan untuk menyesaikan masalah dan tugasan yang diberikan dan bukan juga untuk menggantikan tugas-tugas ketua di organisasi.Antara tugasan pembantu peribadi ialah mereka boleh hadir sama dalam mesyuarat untuk mendengar dan mencatat perkara penting berkaitan pemimpin berkenaan ketika menghadiri mesyuarat bersama para ahli jawatankuasa organisasi. Selain itu juga,pembantu tadbir perlu tahu bidang kerja seseorang ketua atau pemimpin mereka dan berbincang dengan pemimpin berkenaan apakah sub-kerja yang boleh dilakukan oleh seorang pembantu peibadi sebagai contohnya dalam mendraf surat, ucapan, mengemaskini e-mail, facebook rasmi (bukan peribadi) sebagai tugas penerangan dan sebagainya.



# Pembantu Pengurus Jualan
Fungsi pembantu pengurus jualan adalah untuk menyokong pengurus dalam operasi harian sesuatu perniagaan. Peranan anda adalah untuk mengawasi pekerja, bekerja dengan pelanggan dan membantu melaksanakan arahan pengurus dan pemiliknya. Anda perlu memastikan bahawa kakitangan kedai menyediakan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa. Ini termasuk menjawab soalan dan membantu pemilihan, pembelian, dan pengembalian produk serta menangani sebarang pertikaian. Pembantu pengurus jualan juga perlu mempunyai kemahiran interpersonal yang kuat dan keupayaan untuk menangani masalah semasa mereka muncul. Keupayaan untuk berfikir dengan cepat dan rasional kepada situasi yang sentiasa berubah akan membantu anda berjaya di tempat kerja.


# Penolong Pengurus Pemasaran
Skop tugas sebagai penolong pengurus pemasaran antaranya ialah mengenal pasti pasaran sasaran dan menganalisis trend pasaran semasa selain daripada mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan serta maklumat persaingan. Mereka juga merangka dan melaksanakan pelan strategik untuk memenuhi permintaan pelanggan dan mengurus aktiviti bagi mempromosi produk. Penolong pengurus pemasaran juga memantau perkembangan aktiviti promosi dan berhubung dengan pihak media berkaitan bagi memastikan liputan yang sesuai. Antara tugasan lain ialah membangunkan program komunikasi pemasaran yang berkesan serta menulis bahan pemasaran seperti brosur dan laman web. Memantau kempen pemasaran untuk memastikan pelaksanaan yang sesuai, mengurus belanjawan pemasaran dan memastikan semua aktiviti pemasaran sentiasa menepati belanjawan juga merupakan skop tugas sebagai seorang penolong pengurus pemasaran.


# Usahawan
Usahawan merupakan kerjaya yang paling tepat untuk seorang lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan. Tugas paling utama seorang usahawan ialah untuk meningkatkan modal syarikat yang baru ditubuhkan. Disamping itu, usahawan juga perlu membina satu bisnes yang boleh berkembang maju, mengambil ramai pekerja, menambah nilai ke atas pelanggannya, menjadi seorang warga korporat yang bertanggung jawab, membawa kemakmuran kepada orang yang bekerja dengan bisnes berkenaan dan pada masa yang sama menjadi seorang yang dermawan.

# Pegawai Khidmat Pelanggan
Pegawai khidmat pelanggan bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan atau tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

Akhir Kata
Kesimpulannya, lulusan di bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang banyak sama ada di sektor awam atau swasta termasuk bank, institusi kewangan, industri, perkilangan, perkhidmatan, pengangkutan dan pelancongan, atau memulakan perniagaan tersendiri. Kerjaya yang sesuai termasuk eksekutif perjawatan, eksekutif sumber manusia, pemasaran, pelaburan, pen­tadbiran, pengurusan, perniagaan antarabangsa, kewangan, tenaga pengajar, pensyarah dan usahawan.

Berminat nak sambung pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan?

wasap - www.wasap.my/60129182920


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM YANG DITAWARKAN :

TAKLIMAT KERJAYA BERKONSEPKAN ISLAMIK & TEMUDUGA BIASISWA KERJAYA SYARIAH ATAS TALIAN

  “𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍: 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 & 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌...

PENGAMBILAN SAITO UC SESI 2024 :