Jumlah Paparan Halaman

MyMengaji

Khamis, 27 September 2018

BENGKEL PERCUMA UNTUK 30 PESERTA TERAWAL (LEPASAN SPM 2018)

BENGKEL - DIGITAL FUTURE


Berita baik kepada para bakal lepasan SPM, dan STPM 2018! 

JEMPUTAN BENGKEL: "DIGITAL FUTURE!"

Venue: Saito University College, Petaling Jaya.
Date: 17-21 Disember 2018
Time: 9 am- 5 pm
Yuran: RM 100 (percuma kepada 30 peserta terawal)
Terhad kepada 50 peserta sahaja.

SAITO UNIVERSITY COLLEGE dengan BANGGANYA MEMPERSEMBAHKAN :-
MASA DEPAN DIGITAL
BENGKEL TERHEBAT DI ABAD INI

πŸ‘©πŸ»‍πŸŽ“πŸ‘¨πŸ»‍πŸŽ“KHAS BAGI LEPASAN SPM/UEC/STPM!!!

πŸ‘©πŸ»‍🎨MASA DEPAN DIGITAL HASIL DARIPADA KOLABORASI DENGAN SAITO BUSINESS SCHOOL DAN SAITO DESIGN SCHOOL. πŸ‘¨πŸ»‍🎨

πŸ‘¨πŸ»‍πŸ’»BIDANG PERNIAGAAN &πŸ‘©πŸ»‍🎨 SENI REKA MERUPAKAN SALAH SATU KERJAYA BERPENDAPATAN TINGGI.

πŸ’ͺ🏻JANGAN MALU JANGAN SEGAN. JOM SERLAHKAN BAKAT ANDA DAN REBUTLAH PELUANG INI UNTUK MERASAI PENGEMBARAAN YANG MENYERONOKKAN. πŸ˜πŸ˜ƒ

Antara aktiviti yang menarik:-
✅VR Experience
✅Design
✅Business Plan
✅Shark Tank Pitch
✅Photography 
✅Hackathon
✅Monster & Machines
✅ Digital Business Talks
✅ Industry Visits

Terdapat hadiahπŸ“¦ yang menarik untuk dimenangi. 🎊

Tempat: Saito University College
Tarikh: 17/12/18-21/12/18
Masa: 9am-5pm

Tempat TERHAD 15 kekosongan yang tinggal. Daftar segera di http://S.saito.edu.my

Aktiviti: Monster & Machine, Digital business talk, Hackathon, Design, Business Plan, Shank tank pitch, Videography, VR experience, Industry visits and Photography.

 Untuk keterangan lanjut sila hubungi atau Whatsapp En Shamsul : 0129182920
CEPAT: Tempat terhad!!

 "DIGITAL FUTURE!

Digital future atau masa depan digital merujuk kepada idea bahawa semua urusan akan beroperasi secara digital pada masa akan datang. Seperti yang telah berlaku dalam perkhidmatan perbankan dan kewangan, runcit, telekom dan perjalanan, setiap perniagaan lain sedang membina masa depan digital berasaskan pada sentiasa interaksi yang berkaitan dengan setiap pelanggan.


Objektif:
1) Meningkatkan pengalaman pelajar dalam penggunaan IT dan digital dalam perniagaan.
2) Memperkemas proses pembelajaran, pengurangan kos, serta meningkatkan kelebihan berdaya saing.
3) Memudahkan pembelajaran IT kepada para pelajar dengan penerangan yang jelas oleh tenaga pengajar yang pakar.
4) Meningkatkan operasi dengan kepakaran penggunaan digital.

Visi:
1) Menetapkan pendekatan untuk membantu pelajar menggabungkan teknologi digital dalam bidang perniagaan dan rekabentuk.
2) Mengukuhkan daya saing dan mengembangkan pengetahuan dalam perniagaan digital.
3) Menggariskan langkah praktikal tentang bagaimana pelajar boleh mengatasi cabaran digital dengan menjajarkan dan mengimbangi teknologi baru dengan aset IT mereka.

Misi:
Melahirkan bakal usahawan, peniaga dan pengusaha industri kecil dan sedarhana yang mahir dalam dunia perniagaan digital.


 Kepentingan dan kelebihan:
1) Peluang untuk membantu setiap pelajar belajar pada tahap terbaik dan manfaat dalam pembelajaran digital.
2) Pembelajaran digital memperluaskan peluang pembelajaran di seluruh dunia. "pembelajaran berlaku pada banyak masa dan di banyak tempat dan dengan sengaja memanfaatkan sifatnya yang luas dalam pembangunan kecekapan pelajar. "
3) Peralihan kepada digital dapat meningkatkan motivasi pelajar. Sesiapa yang telah menyaksikan penglibatan pembelajaran berasaskan permainan dapat menghargai potensi untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang meningkatkan ketekunan.


JANGAN LEPASKAN PELUANG! HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK DAPATKAN TEMPAT PERCUMA!!


Ahad, 16 September 2018

5 Sebab Anda Perlu Mengikuti Diploma Pengurusan Perniagaan

5 Sebab Anda Perlu Mengikuti Diploma Pengurusan Perniagaan

Diploma Pengurusan Perniagaan adalah program pemangkin yang dibangunkan untuk meningkatkan dan memperkayakan pelajar bagi pembangunan kerjaya masa depan dalam bidang Pentadbiran, Perkaunan, Sumber Manusia dan Kewangan, Pemasaran dan Pengurusan. Melalui program ini, pelajar juga didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan ilmu pengetahuan selain daripada kaedah konvensional seperti penggunaan kelas dan buku teks. Kaedah pengajaran secara konstruktif seperti lawatan, bengkel dan aktiviti-aktiviti telah di rangka secara bersepadu untuk menyediakan pelajar dengan pengalaman amalan perniagaan dalam bidang perniagaan sebenar.

Di dalam suasana perniagaan global dan serba mencabar, pengurusan perniagaan juga menerapkan pengetahuan ilmu perniagaan yang mantap dalam selok-belok pengurusan, serta aspek ekonomi, pemasaran, kewangan dan perundangan dalam mengendalikan sebuah firma perniagaan yang moden. Pembelajaran yang diberikan menerapkan aspek amali dalam pengurusan perniagaan supaya pelajar dapat menghayati keadaan dan suasana sebenar dalam mengurus sebuah perniagaan. Tujuannya ialah untuk melahirkan graduan yang bakal berjaya sebagai seorang pengurus ataupun seorang usahawan.

Berikut merupakan 5 sebab mengapa anda perlu mengikuti Diploma Pengurusan Perniagaan.


#1 Belajar benda baru  

Anda akan dapat mempelajari benda baru kerana pelbagai cabaran baru atau potensi diri dapat diserlahkan. Dalam bidang pengurusan perniagaan anda perlu ada banyak kemahiran dan banyak membaca buku untuk menambah ilmu.

Jika anda belum pernah menceburi bidang perniagaan, maka ini ialah peluang anda untuk belajar benda baru daripada kosong dan berkembang dari semasa ke semasa. Siapa yang tak suka buat duit melalui perniagaan kan?

Sekarang anda boleh belajar cara pengurusan perniagaan yang betul melalui Diploma Perniagaan.
 SAITO UNIVERSITY COLLEGEKELEBIHAN (click Kelebihan)

#2 Dapat menghasilkan perancangan perniagaan

Anda juga akan dapat merancang perniagaan syarikat supaya membawa kejayaan yang cemerlang. Perancangan perniagaan merupakan rancangan sesuatu perniagaan bagi masa hadapan, fokus kepada aspek-aspek penting perniagaan, mengagihkan sumber-sumber yang diperlukan dan mengenalpasti peluang dan masalah perniagaan yang akan dihadapi. Perancangan perniagaan bukan sahaja relevan bagi memulakan perniagaan baru atau bertujuan membuat permohonan pinjaman bank, malah penting bagi menguruskan sesebuah perniagaan. Perniagaan memerlukan perancangan supaya berkembang maju dan membangun mengikut prioriti yang telah ditetapkan.

#3 Berkemahiran mengurus atau menyelia jabatan

Sebagai sebarang penyelia atau pengurus jabatan, anda perlu menggembleng daya usaha pekerja di bawah jagaan anda supaya mencapai matlamat dan sasaran jabatan. Mengurus atau menyelia memerlukan kepakaran memimpin, merancang, mengatur dan mengawal jabatan serta berusaha bersungguh-sungguh supaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Anda juga perlu bijak memperolehi dan menggunakan sumber-sumber tenaga manusia, teknologi, kewangan dan juga sumber asli.

#4 Boleh menguruskan perniagaan francais

Apabila anda menjalankan perniagaan francais, anda menggunakan model firma yang telah berjaya. Anda mestilah mempunyai minat untuk berjaya kerana anda ada kepentingan dalam francais tersebut. Anda boleh memulakan perniagaan dengan kadar segera berdasarkan jenama perniagaan yang dikenali dan sokongan perniagaan yang diberikan oleh syarikat francais. Namun perniagaan francais mempunyai syarat dan perjanjian tertentu yang perlu diambil kira.

#5 Dapat menjalankan perniagaan sendiri

Sebagai seorang usahawan, anda mengendalikan perniagaan sendiri dan menanggung risiko sama ada berjaya atau sebaliknya. Anda memerlukan dana kewangan yang mencukupi untuk berjaya selain daripada keperluan merancang pemasaran, pengurusan, serta aspek kewangan syarikat anda. Menjadi seorang usahawan bukan sesuatu yang mudah dan ada risikonya. Sebaliknya, jika anda berjaya,ia sangat menguntungkan.


Akhir Kata

Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai kemahiran yang dapat anda pelajari dengan mengikuti bidang Diploma Pengurusan Perniagaan ini. Ini akan membuka peluang yang lebih luas untuk anda menjadi seorang yang lebih berjaya di masa akan datang dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi. Bukan itu sahaja, dengan ilmu pengurusan perniagaan ini juga, anda mampu pergi lebih jauh dan membina empayar perniagaan yang lebih besar ke serata dunia.

Layari : https://saito-university-college.blogspot.com/

Untuk mendaftar - click Borang ONLINE

TAWARAN BIASISWA 2019 - PAKEJ BIASISWA 

wasap - www.wasap.my/60129182920


Skop Kerjaya Lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan


 Skop Kerjaya Lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan

Perkembangan pesat ekonomi negara membuka peluang yang luas kepada lulusan diploma bidang pengurusan perniagaan. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi maklumat di negara ini telah meningkatkan peranan bidang ini khususnya dan aspek pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi.
Dengan kata lain, program ini akan melahirkan siswazah-siswazah yang dapat memikul tugas-tugas sebagai seorang pengurus, perunding, pentadbir atau usahawan yang berkaliber serta profesional yang berkesan, cekap dan berhemah tinggi. Sebenarnya bidang ini merangkumi skop kerjaya yang luas.

Ini merupakan antara skop kerjaya bagi lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan sama ada pekerjaan disektor swasta atau awam.

# Pengurus Tadbir Perniagaan
Pengurus tadbir perniagaan ialah orang yang bertanggungjawab untuk menyediakan surat untuk menjalankan perniagaan. Mereka juga bertanggungjawab untuk menyediakan surat memohon pinjaman barang serta membina perancangan untuk memulakan perniagaan. Perancangan berkisarkan lokasi, waktu, produk perniagaan dan pembahagian tugas.



# Pembantu Peribadi
Selain itu, lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan juga boleh menceburi bidang kerjaya sebagai seorang pembantu peribadi. Pembantu peribadi ialah orang yang berada dekat dengan ketua atau pemimpin dan pastinya orang itu dilantik atas kepercayaan pemimpin tersebut. Pembantu peribadi bukanlah orang suruhan untuk menyesaikan masalah dan tugasan yang diberikan dan bukan juga untuk menggantikan tugas-tugas ketua di organisasi.Antara tugasan pembantu peribadi ialah mereka boleh hadir sama dalam mesyuarat untuk mendengar dan mencatat perkara penting berkaitan pemimpin berkenaan ketika menghadiri mesyuarat bersama para ahli jawatankuasa organisasi. Selain itu juga,pembantu tadbir perlu tahu bidang kerja seseorang ketua atau pemimpin mereka dan berbincang dengan pemimpin berkenaan apakah sub-kerja yang boleh dilakukan oleh seorang pembantu peibadi sebagai contohnya dalam mendraf surat, ucapan, mengemaskini e-mail, facebook rasmi (bukan peribadi) sebagai tugas penerangan dan sebagainya.



# Pembantu Pengurus Jualan
Fungsi pembantu pengurus jualan adalah untuk menyokong pengurus dalam operasi harian sesuatu perniagaan. Peranan anda adalah untuk mengawasi pekerja, bekerja dengan pelanggan dan membantu melaksanakan arahan pengurus dan pemiliknya. Anda perlu memastikan bahawa kakitangan kedai menyediakan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa. Ini termasuk menjawab soalan dan membantu pemilihan, pembelian, dan pengembalian produk serta menangani sebarang pertikaian. Pembantu pengurus jualan juga perlu mempunyai kemahiran interpersonal yang kuat dan keupayaan untuk menangani masalah semasa mereka muncul. Keupayaan untuk berfikir dengan cepat dan rasional kepada situasi yang sentiasa berubah akan membantu anda berjaya di tempat kerja.


# Penolong Pengurus Pemasaran
Skop tugas sebagai penolong pengurus pemasaran antaranya ialah mengenal pasti pasaran sasaran dan menganalisis trend pasaran semasa selain daripada mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan serta maklumat persaingan. Mereka juga merangka dan melaksanakan pelan strategik untuk memenuhi permintaan pelanggan dan mengurus aktiviti bagi mempromosi produk. Penolong pengurus pemasaran juga memantau perkembangan aktiviti promosi dan berhubung dengan pihak media berkaitan bagi memastikan liputan yang sesuai. Antara tugasan lain ialah membangunkan program komunikasi pemasaran yang berkesan serta menulis bahan pemasaran seperti brosur dan laman web. Memantau kempen pemasaran untuk memastikan pelaksanaan yang sesuai, mengurus belanjawan pemasaran dan memastikan semua aktiviti pemasaran sentiasa menepati belanjawan juga merupakan skop tugas sebagai seorang penolong pengurus pemasaran.


# Usahawan
Usahawan merupakan kerjaya yang paling tepat untuk seorang lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan. Tugas paling utama seorang usahawan ialah untuk meningkatkan modal syarikat yang baru ditubuhkan. Disamping itu, usahawan juga perlu membina satu bisnes yang boleh berkembang maju, mengambil ramai pekerja, menambah nilai ke atas pelanggannya, menjadi seorang warga korporat yang bertanggung jawab, membawa kemakmuran kepada orang yang bekerja dengan bisnes berkenaan dan pada masa yang sama menjadi seorang yang dermawan.

# Pegawai Khidmat Pelanggan
Pegawai khidmat pelanggan bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan atau tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

Akhir Kata
Kesimpulannya, lulusan di bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang banyak sama ada di sektor awam atau swasta termasuk bank, institusi kewangan, industri, perkilangan, perkhidmatan, pengangkutan dan pelancongan, atau memulakan perniagaan tersendiri. Kerjaya yang sesuai termasuk eksekutif perjawatan, eksekutif sumber manusia, pemasaran, pelaburan, pen­tadbiran, pengurusan, perniagaan antarabangsa, kewangan, tenaga pengajar, pensyarah dan usahawan.

Berminat nak sambung pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan?

wasap - www.wasap.my/60129182920


5 Teknik Belajar untuk Diploma Pengurusan Perniagaan



5 Teknik Belajar untuk Diploma Pengurusan Perniagaan

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Setiap kejayaan pasti didahului dengan kegagalan. Daripada kegagalan tersebut, kita bangkit dengan penuh bersemangat dengan satu tujuan iaitu untuk berjaya bukan sahaja didunia malah akhirat sama. Untuk memperoleh kejayaan dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan ini, anda perlukan teknik-teknik belajar yang betul. Tanpa teknik yang betul, anda seperti berperang tanpa pedang dan memasuki dewan peperiksaan tanpa membuat persediaan.



Berikut merupakan sedikit panduan untuk anda iaitu 5 teknik belajar untuk Diploma Pengurusan Perniagaan.

#1 Membuat Nota Ringkas Atau Peta Minda

Nota merupakan elemen yang paling penting yang pelajar perlu ada. Tanpa sebarang nota, pelajar tidak akan mampu untuk menguasai subjek ini. Hal ini kerana nota perlu ada bagi membantu pelajar dalam memberikan pemahaman kepada pelajar. Oleh itu, anda disarankan agar membuat nota ringkas atau peta minda supaya boleh dibawa kemana-mana sahaja anda pergi. Ini kerana nota ringkas tidaklah sebesar buku-buku rujukan untuk bidang Pengurusan Perniagaan ini . Nota ringkas atau peta minda merupakan nota poket dan isi yang ada hanya lah nota-nota yang penting sahaja.

Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan atau kebolehan membuat nota dengan kemas dan padat. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting kerana nota yang panjang berjela-jela, berserabut, tidak teratur akan menyebabkan anda juga lemah untuk membacanya. Terdapat banyak faedah yang anda akan dapat apabila membuat nota antaranya nota merupakan ulangkaji dan hafalan yang akan memaksa anda memetik isi-isi atau fakta-fakta penting pelajaran anda. Nota juga amat penting dalam proses ulangkaji kerana tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan tugas kita apabila membuat ulangkaji nanti. Selain itu, nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda untuk belajar atau ulangkaji.

Membuat nota adalah penting kerana ia membantu fahaman dan meringkaskan jumlah pelajaran anda kepada isi-isi penting sahaja. Ianya juga menggunakan sistem yang mudah, kemas dan pendek tetapi jelas dan menarik. Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota khusus (isi penting sahaja dari sesuatu pelajaran). Oleh itu baca dan ulangkaji nota-nota anda selalu terutama nota khusus.

#2 Banyakkan Latihan

Setiap pembelajaran mempunyai latihan tersendiri kerana tanpa sebarang latihan akan memyebabkan seseorang itu tidak mengguasai subjek tersebut. Oleh itu, perbanyakan latihan,kerana dengan ada latihan yang banyak boleh membantu anda dalam menguasai subjek pengajian perniagaan ini. Selain itu, latihan yang banyak dapat memudah kan anda bila tibanya hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar iaitu Hari Peperiksaan yang boleh menentukan masa depan kita dalam bidang Pengurusan Perniagaan ini.

#3 Banyakkan Membaca

Membaca memang amat penting bagi semua subjek terutama sekali subjek yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Pembelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan memerlukan fakta yang banyak dalam menjawab penulisannya. Jika anda memperbanyakkan pembacaan anda, ia akan dapat membantu anda dan memudahkan anda untuk menjawab soalan di dalam dewa peperiksaan nanti. Antara tekni yang berkesan ialah membaca sebelum ke kelas. Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar akan kepentingannya. Terdapat banyak kelebihan apabila anda  membaca sebelum ke kelas.

Anda berupaya untuk melihat gambaran pelajaran dengan lebih jelas. Selain itu, anda juga boleh menentukan perkara-perkara yang kurang difahami dan bersedia dengan soalan untuk menyoal pensyarah. Anda juga akan merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas kerana tahu lebih awal topik yang akan dipelajari. Antara lain, anda akan menjadi seorang yang lebih yakin apabila menjawab soalan pensyarah, mudah membuat catatan daripada penerangan pensyarah, menambah daya ingatan anda (proses ulangan) serta memudahkan anda untuk memahami sesuatu topik. Anda mestilah membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh pensyarah.

Anda juga  hendaklah membaca kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat rujukan yang perlu. Sewaktu membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya dan sediakan soalan-soalan jika perlu. Anda juga perlu elakkan membaca terlalu jauh dari isi sukatan pelajaran bagi menghindarkan kekeliruan.

#4 Kuasai Semua Topik

Antara teknik yang penting adalah dengan menguasai semua topik yang ada dalam bidang  pengurusan perniagaan itu. Dengan menguasai kesemua topic, ia dapat membantu dalam menjadikan seseorang  yang menggambil bidang pengurusan perniagaan ini mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang. Anda juga perlu membuat rujukan serta memperluaskan pembacaan.Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk itu penting kerana proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda. Selain itu juga, kecerdasan anda akan diasah dan membuat rujukan juga mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam bidang pengurusan perniagaan ini. Anda tidak bole terlalu detail atau mendalam dan berjela-jela untuk mengelakkan kekeliruan dan kebosanan.

#5 Jangan Mudah Menyerah

Walau apapun masalah melanda, jangan sesekali anda menyerah kerana jika anda mudah menyerah ia akan mematahkan semangat untuk terus menuntut ilmu, terutama sekali dalam mendalami bidang pengurusan perniagaan. Anda juga perlulah mempunyai semangat yang kuat dan tidak mudah putus asa dan menyerah kalah.

Akhir Kata

Kesimpulannya, untuk menjadi pelajar yang unggul, berkualiti, mempunyai kebolehpasaran yang tinggi serta memenuhi kehendak industri, anda perlulah mengamalkan pelbagai tips dan kaedah demi meningkatkan pengetahuan anda serta mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya dalam bidang pengurusan perniagaan.


wasap - www.wasap.my/60129182920

SAITO UNIVERSITY COLLEGE - Diploma Pengurusan Perniagaan



6 Keperluan Untuk Mengikuti Bidang Diploma Pengurusan Perniagaan

Program Diploma Pengurusan Perniagaan yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi bertujuan menghasilkan graduan-graduan yang arif tentang amalan perniagaan dan pentadbiran serta mempunyai pengetahuan mendalam di dalam bidang ini. Mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan Perniagaan (Diploma) adalah untuk menyediakan mereka bagi memegang jawatan sebagai penolong pengurus di dalam organisasi perniagaan. Latihan yang diberikan merangkumi kemahiran dan pengetahuan am dan asas dalam pelbagai aspek teori dan amali bidang pengurusan yang diperlukan bagi mengurus dan mengendalikan sebuah perniagaan. Namun begitu, anda perlu tahu ciri-ciri peribadi yang diperlukan untuk anda memasuki bidang pengurusan perniagaan.



Berikut merupakan 6 ciri-ciri peribadi untuk mengikuti bidang Diploma Pengurusan Perniagaan.

#1 Minat

Anda perlu meminati bidang pengurusan perniagaan. Ini kerana melakukan sesuatu yang mengikut minat pastinya lebih menyeronokkan berbanding dengan melakukan sesuatu kerana terpaksa. Apabila karier tumbuh berdasarkan minat, setiap hari menjadi hari yang sentiasa ditunggu-tunggu dan anda tidak kenal penat untuk berusaha. Melakukan sesuatu yang kita minat adalah langkah pertama, tetapi jangan lupa pula dengan permintaan pasaran. Melakukan sesuatu yang kita minat saja dan mengabaikan pasaran dan permintaan tidak ubah seperti syok sendiri. Tiada permintaan, maka tiada pembeli. Bila tiada pembeli, perniagaan yang dijalankan terpaksa digulung tikar pula.

#2 Pengetahuan Tentang Pengurusan Perniagaan

Anda juga perlu mempunyai pengetahuan di bidang pengurusan dan perniagaan. Pengetahuan atau kepakaran dalam sesuatu bidang khusus yang dimiliki boleh dijadikan aset yang berguna dalam menggerakkan perniagaan. Sekiranya pengetahuan khusus anda bukan dari bidang kewangan, perlu diberi perhatian bahawa sekurang-kurangnya pengetahuan asas tentang kewangan sangat berguna dalam mengendalikan perniagaan.

Seterusnya, pengetahuan dan kesedaran anda terhadap isu-isu semasa berkaitan perniagaan juga amat membantu dalam menjana pertumbuhan perniagaan.Anda tidak boleh merasa jemu atau bosan untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan ini kerana adalah sangat perlu untuk kita mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang secukupnya dalam perniagaan bukan sekadar minat sahaja bagi mengelakkan perniagaan yang dijalankan kelak rugi dan tidak dapat bertahan lama dalam dunia perniagaan yang semakin kompetetif mutakhir ini.

#3 Pengetahuan Di Bidang Ekonomi

Mempunyai pengetahuan di bidang ekonomi juga penting untuk anda berjinak-jinak dalam bidang pengurusan perniagaan. Ini kerana pengetahuan tentang prinsip-prinsip asas ekonomi ini penting  disebabkan oleh ianya memberi kesan kepada kewangan antarabangsa, dasar awam dan pengurusan perniagaan. Pelajar  mempunyai pengetahuan yang besar dan set kemahiran yang berharga dalam hampir tetapan perniagaan atau kewangan apa-apa.Ijazah perniagaan dan ekonomi adalah berharga dalam projek-projek pembangunan antarabangsa perbankan dan kewangan, firma pelaburan, pengurusan dan perniagaan.

#4 Bijak Matematik

Menguasai ilmu matematik juga penting untuk anda yang ingin mengikuti bidang pengurusan perniagaan. Selain ekonomi, Matematik juga turut berguna dalam bidang perniagaan. Sebagai contoh dalam perniagaan, ahli perniagaan mengkaji terbitan ‘trend’ yang boleh membantu mereka meramalkan masa depan saham dan pasaran semasa. Justeru jelaslah bahawa matematik amat berguna dalam perniagaan kerana pengetahuan di dalam bidang ini diperlukan oleh ahli perniagaan untuk menukar data ke dalam fungsi kuantitatif.

Di dalam bidang perniagaan, matematik juga membantu pengurus perniagaan memaksimumkan keuntungan mereka serta mengukur kadar peningkatan dalam keuntungan yang terhasil. Di samping itu, umum mengetahui bahawa faedah yang yang perlu dibayar ke atas pinjaman sama ada untuk rumah, kenderaan dan kelengkapan modal perniagaan memerlukan seseorang itu untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya. Dengan matematik, masalah ini dapat diatasi kerana ianya menyediakan cara-cara untuk menentukan amaun faedah yang perlu dibayar sepanjang hayat pinjaman.

#5 Ikuti Perkembangan Terkini

Anda juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan dunia perniagaan dan ekonomi. pelaksanaan perniagaan secara atas talian, selari dengan perkembangan Ekonomi Digital yang berlaku di seluruh dunia, dengan teknologi internet telah menukar iklim pengurusan dan pemasaran semua jenis perniagaan.

#6 Mahir Komputer

Dalam pada itu, anda juga perlu mahir mengendalikan komputer. Ini kerana dalam perniagaan,ianya sangat penting untuk  anda tahu asas komputer dan internet bagi menyimpan rekod-rekod penting serta membuat laman web sendiri bagi meluaskan lagi empayar perniagaan.

Akhir Kata

Kesimpulannya, anda perlu mempunyai ciri-ciri peribadi tersebut untuk terus kekal dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan. Disamping itu juga, anda perlu bijak dalam menguruskan kewangan dan sabar dalam menuntut ilmu pengurusan perniagaan ini.

wasap - www.wasap.my/60129182920



Khamis, 13 September 2018

BEKERJA DAN BELAJAR - SAITO UNIVERSITY COLLEGE

*[ATTN LEPASAN SPM, MATRIK, STPM]* ANDA DILEMA NAK SAMBUNG BELAJAR ATAU BEKERJA? MASIH RAGU-RAGU MENCARI HALATUJU. JIKA DIBERIKAN PELUANG PEKERJAAN SEMASA BELAJAR, SIAPA NAK PELUANG INI?


Setiap tahun Sebanyak 450k pelajar SPM dan 90k graduan MATRIK & STPM serta lepasan diploma keluar dari sekolah dan politeknik-politeknik setiap tahun.... Tapi selepas menghabiskan masa selepas bertahun-tahun.... Setengah daripada semua graduan ini sememangnya tidak akan dapat kerja yang setimpal dengan apa yang mereka dah belajar..
.


Apa kata jika ada program yang membolehkan para graduan ini untuk melanjutkan pengajian ke diploma dan sarjana muda dan pada masa sama dapat menimba pengalaman di sektor KORPORAT? Corporat Work & Study? Perantis untuk syarikat2? sebagai perantis utk syarikat2 utk bekerja dan di bayar gaji bulanan kepada pelajar.





WOW!!! Tengah belajar pun, dah dapat merasai pengalaman berkerja di syarikat2 seperti Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad, Al Wong & Company, Pharmaceutical (Malaysia) Sdn. Bhd, Corporate Partner: Effinite Value Sdn. Bhd, Corporate Partner: Mega Harta Sdn. Bhd, dan Corporate Partner: Sree Knowledge Provider Sdn. Bhd. Bukan sekadar kerja shaja yaa…. anda di bayar gaji oleh syarikat2 koparat. SAITO University College, dengan lebih 30 syarikat berkerjasama bagi menjalankan Work & study program ini, supaya pelajar terjamin selepas tamat pengajian utk mendapatkan peluang2 pekerjaan.


SYARATSAYARATNYA KELAYAKAN : 
] 5 KREDIT untuk program ASASI
] 3 KREDIT dlm SPM mana subjek (Wajib lulus BM,BI dan SEJARAH)
] 2.00 CGPA Untuk Lepasan STPM & Diploma
] Keutamaan kpd keluarga penerima BR1M

PROGRAM :-
  • ASASI PENGAJIAN PERNIAGAAN
  • DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
  • DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
  • IJAZAH PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (KEPUJIAN)



===============================================================================
KELEBIHAN SAITO UNIVERSITY COLLEGE
===============================================================================
POINT 1
1. Sijil relevan untuk mengukuhkan resume pelajar

• Contoh : Sijil Pemahaman Langkah-langkah memberentas Korupsi (Kerjasama dengan SPRM) Sekretariat Pencegahan Rasuah Saito under Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

2. Dua Sijil kopetensi dalam Bahasa

A. Sijil Kopetensi dalam Bahasa Inggeris
B. Sijil Kopetensi dalam Bahasa Asing

• Ini penting kerana untuk pihak Sektor Awam dan juga bahagian Imigresen, Polis, Kastam dan lain-lain, kemahiran bahasa asing membolehkan anda berkomunikasi dengan bangsa asing yang ada di Malaysia.
• Kelebihan ini membolehkan peluang anda untuk mendapatkan jawatan itu lebih tinggi daripada graduan lain.

3. Bimbingan oleh mentor-mentor bekas Pegawai Tadbir Kerajaaan yang berjawatan tinggi.

• Mentor-mentor akan menunjukkan para pelajar Saito Business School, teknik-teknik untuk mengemaskinikan resume mereka supaya menarik untuk dipilih untuk temuduga dan juga cara untuk menjawab soalan semasa interview bila dikemukakan.

4. Kerjasama bersepadu dengan jabatanjabatan awam

A. Agensi-agensi kerajaan telah menghantar kakitangan mereka untuk meneruskan pengajian mereka di Kolej Universiti Saito. Kakitangan awam ini semua bersedia memberi coaching dan memberikan pointer kepada pelajar bagaimana nak dapatkan jawatan di sektor awam.

B. Kami juga akan memastikan pelajar yang ingin masuk dalam jawatan awam, akan buat praktikal mereka dalam jabatan awam.
.
Untuk permohonan online boleh klik :

� Hantarkan "SAYA NAK JOIN" ke no whatsapp -----  


� Sila Komen "SAYA NAK JOIN SAITO UC"

SILA ISI PERMOHONAN ONLINE ANDA - https://goo.gl/Aq36K8

Diploma adalah dokumen yang memberi keterangan kepada penyempurnaan kursus pengajian. Mereka ditawarkan dalam pelbagai bidang dan boleh didapati dari sekolah-sekolah di seluruh dunia. Dengan menyediakan latihan dan pengetahuan penting dalam bidang khusus, diploma bertujuan untuk memimpin pelajar langsung ke pekerjaan atau mempersiapkan mereka untuk pendidikan lanjut.
Apakah diploma dalam pengurusan perniagaan? Kursus ini menyediakan pelajar dengan pemahaman dan pengetahuan yang luas tentang amalan dan prinsip di sebalik topik pengurusan perniagaan asas. Topik-topik tipikal meliputi perakaunan kewangan, asas pentadbiran korporat, prinsip pengurusan projek, sumber manusia, dan pengurusan operasi. Contoh kursus kursus termasuk matematik perniagaan, prinsip-prinsip ekonomi mikro, undang-undang komersial, etika perniagaan, dan memahami pengurusan sumber manusia.
Terdapat banyak sebab untuk memilih untuk mendaftar dalam program diploma. Ada yang termasuk meningkatkan keputusan membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah pelajar. Di samping itu, mendapatkan diploma pengurusan perniagaan boleh melayakkan para graduan program untuk promosi dan gaji yang lebih tinggi.
Memperolehi diploma biasanya mengambil masa satu hingga dua tahun, dan kosnya berbeza antara sekolah. Adalah disyorkan bahawa anda meneroka pilihan anda dengan menghubungi universiti tertentu dengan program yang menarik minat anda untuk menentukan jangkaan enrolmen dan yuran pengajian.
Laluan kerjaya pengurusan perniagaan agak berbeza, dan banyak organisasi mencari graduan dengan idea-idea baru untuk menawarkan kelebihan daya saing. Beberapa peluang pekerjaan termasuk pengurus sumber manusia, pengarah komunikasi korporat, pentadbir perniagaan, penyelia hubungan pelanggan, pengurus pemasaran, dan pentadbir pengurusan projek. Sesetengah individu memilih untuk meneruskan pendidikan mereka dengan mendaftarkan diri dalam program ijazah atau memberi tumpuan kepada kemahiran keusahawanan mereka seperti pemilikan perniagaan kecil.



Perkembangan pesat ekonomi negara membuka peluang yang luas kepada lulusan universiti termasuk bidang pengurusan perniagaan. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi maklumat di negara ini telah meningkatkan peranan bidang ini khususnya dan aspek pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Program pengurusan perniagaan yang ditawarkan di universiti dan institusi pengajian tinggi bertujuan menghasilkan siswazah-siswazah yang arif tentang amalan perniagaan dan pentadbiran serta mempunyai pengetahuan mendalam di dalam bidang ini. Hasratnya ialah untuk melahirkan tenaga profesional yang cemerlang yang dapat menterjemahkan teori kepada amalan dan seterusnya berkebolehan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah-masalah pengurusan dan perniagaan. Dengan kata lain, program ini akan melahirkan siswazah-siswazah yang dapat memikul tugas-tugas sebagai seorang pengrus, perunding, pentadbir atau usahawan yang berkaliber serta profesional yang berkesan, cekap dan berhemah tinggi. Sebenarnya bidang ini merangkumi skop yang luas atau banyak pengkhususan untuk pelajar membuat pilihan. 


Di antara kursus-kursus yang popular ditawarkan oleh universiti dan IPT tempatan ialah pengurusan, pemasaran, kewangan, perakaunan, pentadbiran perniagaan, insurans dan perdagangan antarabangsa. Pelajar boleh mengkhusus dalam salah satu bidang tersebut. Semasa pengajian pelajar akan mengikuti kursus-kursus termasuk pengurusan, perakaunan, kewangan, kuantitatif, pemasaran, insurans, ekonomi, ekonomi Islam, undang-­undang perniagaan serta kursus lain yang berkaitan. Lulusan di bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang banyak sama ada di sektor awam atau swasta termasuk bank, institusi kewangan, industri, perkilangan, perkhidmatan, pengangkutan dan pelancongan, atau memulakan perniagaan tersendiri. Kerjaya yang sesuai termasuk eksekutif perjawatan, eksekutif sumber manusia, pemasaran, pelaburan, pen­tadbiran, pengurusan, perniagaan antarabangsa, kewangan, tenaga pengajar, pensyarah dan usahawan.



 CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) Meminati bidang ini (ii) Mempunyai pengetahuan di bidang pengurusan dan perniagaan (iii) Mempunyai pengetahuan di bidang ekonomi (iv) Sentiasa mengikuti perkembangan dunia perniagaan dan ekonomi (v) Menguasai ilmu matematik (iv) Mahir mengendalikan komputer

Untuk permohonan online boleh klik :

� Hantarkan "SAYA NAK JOIN" ke no whatsapp -----  012 918 2920

PROGRAM YANG DITAWARKAN :

TAKLIMAT KERJAYA BERKONSEPKAN ISLAMIK & TEMUDUGA BIASISWA KERJAYA SYARIAH ATAS TALIAN

  “ππ„ππ†π€π‹π€πŒπ€π π˜π€ππ† πŒπ„πŒππ„ππ“π”πŠ πŒπ€π’π€ 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍: 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 & ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“ πƒπ€π‹π€πŒ...

PENGAMBILAN SAITO UC SESI 2024 :