5 Teknik Belajar untuk Diploma Pengurusan Perniagaan
Kejayaan tidak datang dengan mudah.
Setiap kejayaan pasti didahului dengan kegagalan. Daripada kegagalan tersebut,
kita bangkit dengan penuh bersemangat dengan satu tujuan iaitu untuk berjaya
bukan sahaja didunia malah akhirat sama. Untuk memperoleh kejayaan dalam bidang
Diploma Pengurusan Perniagaan ini, anda perlukan teknik-teknik belajar yang
betul. Tanpa teknik yang betul, anda seperti berperang tanpa pedang dan
memasuki dewan peperiksaan tanpa membuat persediaan.
Berikut
merupakan sedikit panduan untuk anda iaitu 5 teknik belajar untuk Diploma
Pengurusan Perniagaan.
#1
Membuat Nota Ringkas Atau Peta Minda
Nota merupakan elemen yang paling
penting yang pelajar perlu ada. Tanpa sebarang nota, pelajar tidak akan mampu
untuk menguasai subjek ini. Hal ini kerana nota perlu ada bagi membantu pelajar
dalam memberikan pemahaman kepada pelajar. Oleh itu, anda disarankan agar
membuat nota ringkas atau peta minda supaya boleh dibawa kemana-mana sahaja
anda pergi. Ini kerana nota ringkas tidaklah sebesar buku-buku rujukan untuk
bidang Pengurusan Perniagaan ini . Nota ringkas atau peta minda merupakan nota
poket dan isi yang ada hanya lah nota-nota yang penting sahaja.
Kejayaan seseorang pelajar banyak
bergantung kepada keupayaan atau kebolehan membuat nota dengan kemas dan padat.
Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting kerana
nota yang panjang berjela-jela, berserabut, tidak teratur akan menyebabkan anda
juga lemah untuk membacanya. Terdapat banyak faedah yang anda akan dapat
apabila membuat nota antaranya nota merupakan ulangkaji dan hafalan yang akan
memaksa anda memetik isi-isi atau fakta-fakta penting pelajaran anda. Nota juga
amat penting dalam proses ulangkaji kerana tujuan membuat nota adalah untuk
mengurangkan dan meringankan tugas kita apabila membuat ulangkaji nanti. Selain
itu, nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda
untuk belajar atau ulangkaji.
Membuat nota adalah penting kerana
ia membantu fahaman dan meringkaskan jumlah pelajaran anda kepada isi-isi
penting sahaja. Ianya juga menggunakan sistem yang mudah, kemas dan pendek
tetapi jelas dan menarik. Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota
khusus (isi penting sahaja dari sesuatu pelajaran). Oleh itu baca dan ulangkaji
nota-nota anda selalu terutama nota khusus.
#2
Banyakkan Latihan
Setiap pembelajaran mempunyai
latihan tersendiri kerana tanpa sebarang latihan akan memyebabkan seseorang itu
tidak mengguasai subjek tersebut. Oleh itu, perbanyakan latihan,kerana dengan
ada latihan yang banyak boleh membantu anda dalam menguasai subjek pengajian
perniagaan ini. Selain itu, latihan yang banyak dapat memudah kan anda bila
tibanya hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar iaitu Hari Peperiksaan
yang boleh menentukan masa depan kita dalam bidang Pengurusan Perniagaan ini.
#3
Banyakkan Membaca
Membaca memang amat penting bagi
semua subjek terutama sekali subjek yang berkaitan dengan pengurusan
perniagaan. Pembelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan memerlukan fakta
yang banyak dalam menjawab penulisannya. Jika anda memperbanyakkan pembacaan
anda, ia akan dapat membantu anda dan memudahkan anda untuk menjawab soalan di
dalam dewa peperiksaan nanti. Antara tekni yang berkesan ialah membaca sebelum
ke kelas. Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar
walaupun sedar akan kepentingannya. Terdapat banyak kelebihan apabila anda
membaca sebelum ke kelas.
Anda berupaya untuk melihat gambaran
pelajaran dengan lebih jelas. Selain itu, anda juga boleh menentukan
perkara-perkara yang kurang difahami dan bersedia dengan soalan untuk menyoal
pensyarah. Anda juga akan merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas kerana
tahu lebih awal topik yang akan dipelajari. Antara lain, anda akan menjadi
seorang yang lebih yakin apabila menjawab soalan pensyarah, mudah membuat
catatan daripada penerangan pensyarah, menambah daya ingatan anda (proses
ulangan) serta memudahkan anda untuk memahami sesuatu topik. Anda mestilah
membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh pensyarah.
Anda juga hendaklah membaca
kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat rujukan yang perlu. Sewaktu
membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya dan sediakan
soalan-soalan jika perlu. Anda juga perlu elakkan membaca terlalu jauh dari isi
sukatan pelajaran bagi menghindarkan kekeliruan.
#4
Kuasai Semua Topik
Antara teknik yang penting adalah
dengan menguasai semua topik yang ada dalam bidang pengurusan perniagaan
itu. Dengan menguasai kesemua topic, ia dapat membantu dalam menjadikan
seseorang yang menggambil bidang pengurusan perniagaan ini mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang. Anda juga perlu
membuat rujukan serta memperluaskan pembacaan.Meluaskan bacaan dan mendalami
kefahaman terhadap sesuatu tajuk itu penting kerana proses ulangan dapat
mengukuhkan ingatan anda. Selain itu juga, kecerdasan anda akan diasah dan
membuat rujukan juga mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam bidang
pengurusan perniagaan ini. Anda tidak bole terlalu detail atau mendalam dan
berjela-jela untuk mengelakkan kekeliruan dan kebosanan.
#5
Jangan Mudah Menyerah
Walau apapun masalah melanda, jangan
sesekali anda menyerah kerana jika anda mudah menyerah ia akan mematahkan
semangat untuk terus menuntut ilmu, terutama sekali dalam mendalami bidang
pengurusan perniagaan. Anda juga perlulah mempunyai semangat yang kuat dan
tidak mudah putus asa dan menyerah kalah.
Akhir
Kata
Kesimpulannya, untuk menjadi pelajar
yang unggul, berkualiti, mempunyai kebolehpasaran yang tinggi serta memenuhi
kehendak industri, anda perlulah mengamalkan pelbagai tips dan kaedah demi
meningkatkan pengetahuan anda serta mendapat keputusan yang cemerlang dan
berjaya dalam bidang pengurusan perniagaan.
wasap - www.wasap.my/60129182920
Tiada ulasan:
Catat Ulasan