Jumlah Paparan Halaman

MyMengaji Maklumat Terkini

Ahad, 16 September 2018

SAITO UNIVERSITY COLLEGE - Diploma Pengurusan Perniagaan



6 Keperluan Untuk Mengikuti Bidang Diploma Pengurusan Perniagaan

Program Diploma Pengurusan Perniagaan yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi bertujuan menghasilkan graduan-graduan yang arif tentang amalan perniagaan dan pentadbiran serta mempunyai pengetahuan mendalam di dalam bidang ini. Mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan Perniagaan (Diploma) adalah untuk menyediakan mereka bagi memegang jawatan sebagai penolong pengurus di dalam organisasi perniagaan. Latihan yang diberikan merangkumi kemahiran dan pengetahuan am dan asas dalam pelbagai aspek teori dan amali bidang pengurusan yang diperlukan bagi mengurus dan mengendalikan sebuah perniagaan. Namun begitu, anda perlu tahu ciri-ciri peribadi yang diperlukan untuk anda memasuki bidang pengurusan perniagaan.



Berikut merupakan 6 ciri-ciri peribadi untuk mengikuti bidang Diploma Pengurusan Perniagaan.

#1 Minat

Anda perlu meminati bidang pengurusan perniagaan. Ini kerana melakukan sesuatu yang mengikut minat pastinya lebih menyeronokkan berbanding dengan melakukan sesuatu kerana terpaksa. Apabila karier tumbuh berdasarkan minat, setiap hari menjadi hari yang sentiasa ditunggu-tunggu dan anda tidak kenal penat untuk berusaha. Melakukan sesuatu yang kita minat adalah langkah pertama, tetapi jangan lupa pula dengan permintaan pasaran. Melakukan sesuatu yang kita minat saja dan mengabaikan pasaran dan permintaan tidak ubah seperti syok sendiri. Tiada permintaan, maka tiada pembeli. Bila tiada pembeli, perniagaan yang dijalankan terpaksa digulung tikar pula.

#2 Pengetahuan Tentang Pengurusan Perniagaan

Anda juga perlu mempunyai pengetahuan di bidang pengurusan dan perniagaan. Pengetahuan atau kepakaran dalam sesuatu bidang khusus yang dimiliki boleh dijadikan aset yang berguna dalam menggerakkan perniagaan. Sekiranya pengetahuan khusus anda bukan dari bidang kewangan, perlu diberi perhatian bahawa sekurang-kurangnya pengetahuan asas tentang kewangan sangat berguna dalam mengendalikan perniagaan.

Seterusnya, pengetahuan dan kesedaran anda terhadap isu-isu semasa berkaitan perniagaan juga amat membantu dalam menjana pertumbuhan perniagaan.Anda tidak boleh merasa jemu atau bosan untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan ini kerana adalah sangat perlu untuk kita mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang secukupnya dalam perniagaan bukan sekadar minat sahaja bagi mengelakkan perniagaan yang dijalankan kelak rugi dan tidak dapat bertahan lama dalam dunia perniagaan yang semakin kompetetif mutakhir ini.

#3 Pengetahuan Di Bidang Ekonomi

Mempunyai pengetahuan di bidang ekonomi juga penting untuk anda berjinak-jinak dalam bidang pengurusan perniagaan. Ini kerana pengetahuan tentang prinsip-prinsip asas ekonomi ini penting  disebabkan oleh ianya memberi kesan kepada kewangan antarabangsa, dasar awam dan pengurusan perniagaan. Pelajar  mempunyai pengetahuan yang besar dan set kemahiran yang berharga dalam hampir tetapan perniagaan atau kewangan apa-apa.Ijazah perniagaan dan ekonomi adalah berharga dalam projek-projek pembangunan antarabangsa perbankan dan kewangan, firma pelaburan, pengurusan dan perniagaan.

#4 Bijak Matematik

Menguasai ilmu matematik juga penting untuk anda yang ingin mengikuti bidang pengurusan perniagaan. Selain ekonomi, Matematik juga turut berguna dalam bidang perniagaan. Sebagai contoh dalam perniagaan, ahli perniagaan mengkaji terbitan ‘trend’ yang boleh membantu mereka meramalkan masa depan saham dan pasaran semasa. Justeru jelaslah bahawa matematik amat berguna dalam perniagaan kerana pengetahuan di dalam bidang ini diperlukan oleh ahli perniagaan untuk menukar data ke dalam fungsi kuantitatif.

Di dalam bidang perniagaan, matematik juga membantu pengurus perniagaan memaksimumkan keuntungan mereka serta mengukur kadar peningkatan dalam keuntungan yang terhasil. Di samping itu, umum mengetahui bahawa faedah yang yang perlu dibayar ke atas pinjaman sama ada untuk rumah, kenderaan dan kelengkapan modal perniagaan memerlukan seseorang itu untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya. Dengan matematik, masalah ini dapat diatasi kerana ianya menyediakan cara-cara untuk menentukan amaun faedah yang perlu dibayar sepanjang hayat pinjaman.

#5 Ikuti Perkembangan Terkini

Anda juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan dunia perniagaan dan ekonomi. pelaksanaan perniagaan secara atas talian, selari dengan perkembangan Ekonomi Digital yang berlaku di seluruh dunia, dengan teknologi internet telah menukar iklim pengurusan dan pemasaran semua jenis perniagaan.

#6 Mahir Komputer

Dalam pada itu, anda juga perlu mahir mengendalikan komputer. Ini kerana dalam perniagaan,ianya sangat penting untuk  anda tahu asas komputer dan internet bagi menyimpan rekod-rekod penting serta membuat laman web sendiri bagi meluaskan lagi empayar perniagaan.

Akhir Kata

Kesimpulannya, anda perlu mempunyai ciri-ciri peribadi tersebut untuk terus kekal dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan. Disamping itu juga, anda perlu bijak dalam menguruskan kewangan dan sabar dalam menuntut ilmu pengurusan perniagaan ini.

wasap - www.wasap.my/60129182920



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM YANG DITAWARKAN :

PENGAJIAN & KERJAYA SENI KULINARI

 PENGAJIAN & KERJAYA SENI KULINARI 𝗦𝗣𝗠 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚? 𝐒𝐏𝐌 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝟑 𝐊𝐑𝐄𝐃𝐈𝐓? 𝐓𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐋𝐀...

PENGAMBILAN SAITO UC SESI 2024 :