Jumlah Paparan Halaman

MyMengaji Maklumat Terkini

Ahad, 16 September 2018

5 Sebab Anda Perlu Mengikuti Diploma Pengurusan Perniagaan

5 Sebab Anda Perlu Mengikuti Diploma Pengurusan Perniagaan

Diploma Pengurusan Perniagaan adalah program pemangkin yang dibangunkan untuk meningkatkan dan memperkayakan pelajar bagi pembangunan kerjaya masa depan dalam bidang Pentadbiran, Perkaunan, Sumber Manusia dan Kewangan, Pemasaran dan Pengurusan. Melalui program ini, pelajar juga didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan ilmu pengetahuan selain daripada kaedah konvensional seperti penggunaan kelas dan buku teks. Kaedah pengajaran secara konstruktif seperti lawatan, bengkel dan aktiviti-aktiviti telah di rangka secara bersepadu untuk menyediakan pelajar dengan pengalaman amalan perniagaan dalam bidang perniagaan sebenar.

Di dalam suasana perniagaan global dan serba mencabar, pengurusan perniagaan juga menerapkan pengetahuan ilmu perniagaan yang mantap dalam selok-belok pengurusan, serta aspek ekonomi, pemasaran, kewangan dan perundangan dalam mengendalikan sebuah firma perniagaan yang moden. Pembelajaran yang diberikan menerapkan aspek amali dalam pengurusan perniagaan supaya pelajar dapat menghayati keadaan dan suasana sebenar dalam mengurus sebuah perniagaan. Tujuannya ialah untuk melahirkan graduan yang bakal berjaya sebagai seorang pengurus ataupun seorang usahawan.

Berikut merupakan 5 sebab mengapa anda perlu mengikuti Diploma Pengurusan Perniagaan.


#1 Belajar benda baru  

Anda akan dapat mempelajari benda baru kerana pelbagai cabaran baru atau potensi diri dapat diserlahkan. Dalam bidang pengurusan perniagaan anda perlu ada banyak kemahiran dan banyak membaca buku untuk menambah ilmu.

Jika anda belum pernah menceburi bidang perniagaan, maka ini ialah peluang anda untuk belajar benda baru daripada kosong dan berkembang dari semasa ke semasa. Siapa yang tak suka buat duit melalui perniagaan kan?

Sekarang anda boleh belajar cara pengurusan perniagaan yang betul melalui Diploma Perniagaan.
 SAITO UNIVERSITY COLLEGEKELEBIHAN (click Kelebihan)

#2 Dapat menghasilkan perancangan perniagaan

Anda juga akan dapat merancang perniagaan syarikat supaya membawa kejayaan yang cemerlang. Perancangan perniagaan merupakan rancangan sesuatu perniagaan bagi masa hadapan, fokus kepada aspek-aspek penting perniagaan, mengagihkan sumber-sumber yang diperlukan dan mengenalpasti peluang dan masalah perniagaan yang akan dihadapi. Perancangan perniagaan bukan sahaja relevan bagi memulakan perniagaan baru atau bertujuan membuat permohonan pinjaman bank, malah penting bagi menguruskan sesebuah perniagaan. Perniagaan memerlukan perancangan supaya berkembang maju dan membangun mengikut prioriti yang telah ditetapkan.

#3 Berkemahiran mengurus atau menyelia jabatan

Sebagai sebarang penyelia atau pengurus jabatan, anda perlu menggembleng daya usaha pekerja di bawah jagaan anda supaya mencapai matlamat dan sasaran jabatan. Mengurus atau menyelia memerlukan kepakaran memimpin, merancang, mengatur dan mengawal jabatan serta berusaha bersungguh-sungguh supaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Anda juga perlu bijak memperolehi dan menggunakan sumber-sumber tenaga manusia, teknologi, kewangan dan juga sumber asli.

#4 Boleh menguruskan perniagaan francais

Apabila anda menjalankan perniagaan francais, anda menggunakan model firma yang telah berjaya. Anda mestilah mempunyai minat untuk berjaya kerana anda ada kepentingan dalam francais tersebut. Anda boleh memulakan perniagaan dengan kadar segera berdasarkan jenama perniagaan yang dikenali dan sokongan perniagaan yang diberikan oleh syarikat francais. Namun perniagaan francais mempunyai syarat dan perjanjian tertentu yang perlu diambil kira.

#5 Dapat menjalankan perniagaan sendiri

Sebagai seorang usahawan, anda mengendalikan perniagaan sendiri dan menanggung risiko sama ada berjaya atau sebaliknya. Anda memerlukan dana kewangan yang mencukupi untuk berjaya selain daripada keperluan merancang pemasaran, pengurusan, serta aspek kewangan syarikat anda. Menjadi seorang usahawan bukan sesuatu yang mudah dan ada risikonya. Sebaliknya, jika anda berjaya,ia sangat menguntungkan.


Akhir Kata

Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai kemahiran yang dapat anda pelajari dengan mengikuti bidang Diploma Pengurusan Perniagaan ini. Ini akan membuka peluang yang lebih luas untuk anda menjadi seorang yang lebih berjaya di masa akan datang dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi. Bukan itu sahaja, dengan ilmu pengurusan perniagaan ini juga, anda mampu pergi lebih jauh dan membina empayar perniagaan yang lebih besar ke serata dunia.

Layari : https://saito-university-college.blogspot.com/

Untuk mendaftar - click Borang ONLINE

TAWARAN BIASISWA 2019 - PAKEJ BIASISWA 

wasap - www.wasap.my/60129182920


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM YANG DITAWARKAN :

PENGAJIAN & KERJAYA SENI KULINARI

 PENGAJIAN & KERJAYA SENI KULINARI 𝗦𝗣𝗠 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚? 𝐒𝐏𝐌 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝟑 𝐊𝐑𝐄𝐃𝐈𝐓? 𝐓𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐋𝐀...

PENGAMBILAN SAITO UC SESI 2024 :