Jumlah Paparan Halaman

MyMengaji Maklumat Terkini

Sabtu, 6 Julai 2019

ASASI DIPLOMA & IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN

 

Asasi Perniagaan (MQA/PA8545) JPT/BPP(U)1000-801/158 Jld.2(3)-06/21 

Asasi perniagaan adalah program yang komprehensif yang dijalankan selama setahun serta direka khusus untuk memberi pendedahan kepada pelajar secara teori berkaitan bidang perniagaan seterusnya membantu mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam jurusan berkaitan.

Subjek:
  • Time Management
    Basic Computer Application
    Introduction to Business
    Introduction to Accounting
    Business Mathematics
    Fundamentals of Organizational Management
    Introduction to Marketing
    Social Psychology
    English for Academic Writing
    Introduction to Microeconomics
    Introduction to Critical Thinking
    Fundamental in Financial Management
    Interpersonal Communication
    Introduction to Macroeconomics
    Business Statistics
    Ko-kurrikulum
    Entrepreneurship

Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 5 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • 4 matapelajaran yang lain
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Matematik
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan mana-mana kelayakan setara

  • Mana-mana kelayakan setara yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Diploma Pengurusan Perniagaan (N/345/4/0811) JPT/BPP(K)1000-600/B266 Jld.3(5) MQA/PA5714-06/20

Diploma Pengajian Perniagaan adalah program pemangkin yang dibangunkan untuk meningkatkan dan memperkayakan pelajar bagi pembangunan kerjaya masa depan dalam bidang Pentadbiran, Sumber Manusia, Perkaunan dan Kewangan, Pemasaran dan Pengurusan.
Melalui program ini selain daripada kaedah konvensional seperti penggunaan kelas dan buku teks, pelajar juga didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kaedah pengajaran secara konstruktif seperti lawatan, bengkel dan aktiviti-aktiviti telah di rangka secara bersepadu untuk menyediakan pelajar dengan pengalaman amalan perniagaan dalam bidang perniagaan sebenar.


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran.
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil

  • Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.0.
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan Kelayakan Lain

  • Kelayakan lain yang di iktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
  • Pembantu Pentadbir Projek
  • Pengurus Tadbir Perniagaan
  • Pembantu Peribadi
  • Pegawai Khidmat Pelanggan
  • Usahawan
  • Pembantu Pengurus
Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dimana-mana universiti yang berpotensi.
_________________________________________________________________________________


Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan  (Kepujian) MQA/PA10536)(N/345/6/1090)JPT/BPP(U)1000-801/158Jld2(28)-11/23

Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan  (Kepujian) direka khusus untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam pengurusan dan teknologi juga kompeten dalam menguruskan tugasan dalam bidang tersebut. Ia juga bertujuan untuk menghasilkan graduan yang responsif terhadap isu semasa yang berkaitan dan mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja tempatan dan antarabangsa serta mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri perniagaan.

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Diploma or Diploma Lanjutan / Kelayakan yang setara

  • Diploma dalam bidang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.00 dan mendapat kebenaran fakulti.
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

  • Lulus STPM dengan 2 subjek lulus penuh atau PNGK sekurang-kurangnya 2.00 dengan minimum gred “C”.
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

  • Lulus STAM dengan gred minimum JAYYID.
  • Pilihan 4: Kemasukan dengan Matrikulasi / Asasi / A-Level

  • Kelayakan Matrikulasi / Asasi / A-Level dan di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Pilihan 5: Kelayakan setara

  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
  • Pegawai Kawalan Kualiti
  • Penyelidik
  • Pegawai R&D
  • Pegawai Logistik
  • Pegawai Inovasi
  • Pegawai Rantaian Bekalan
  • Pegawai Kawalan Kos
  • Perancang Pengeluaran
Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran dimana-mana universiti yang berpotensi.

 Untuk dapatkan maklumat penuh program-program :



PROGRAM YANG DITAWARKAN :

PENGAJIAN & KERJAYA SENI KULINARI

 PENGAJIAN & KERJAYA SENI KULINARI 𝗦𝗣𝗠 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚? 𝐒𝐏𝐌 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝟑 𝐊𝐑𝐄𝐃𝐈𝐓? 𝐓𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐋𝐀...

PENGAMBILAN SAITO UC SESI 2024 :