Jumlah Paparan Halaman

MyMengaji Maklumat Terkini

Isnin, 19 November 2018

AMAR SUC,UKM,KUIS,KUIM,KOLEJ SYUEN BERSAMA ACF DAN SPRM

 LATIHAN PELATIH AMAR OLEH ACF DAN SPRM



Fuhhh!!! Leganya rasa bila dah tamat latihan Angkatan Mahasiswa Anti-Rasuah (AMAR) yang dijalankan oleh Alumni Angkatan Mahasiswa Anti-Rasuah (ACF Alumni) bersama-sama dengan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Latihan AMAR berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu dari 16 nov-18 nov 2018. Bukan setakat pelatih-pelatih AMAR dari Kolej Universiti Saito seramai 20 orang sahaja bahkan ada yang datang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM),  dan pelatih dari Kolej Syuen pun ada.

Pada 16 nov 2018, merupakan hari pendaftaran bagi semua pelatih AMAR dan penginapan serta makanan ditaja oleh SPRM dan tempat penginapan di Hotel Sani, PWTC Kuala Lumpur. Pada malam tersebut, pelatih-pelatih AMAR berkumpul di dewan hotel bagi sesi ‘Ice Breaking’ oleh ACF. Jumlah pelatih AMAR dari kelima IPT seramai 78 orang dan dibahagikan mengikut angka nombor 1-4. Kumpulan yang terbentuk sangat banyak jadi ACF meminta para pelatih mencari belon yang tersembunyi di dalam dewan tersebut dan satu belon untuk satu pelatih sahaja. Kemudian, kumpulan-kumpulan tersebut dipecahkan mengikut warna belon yang sama dan maka terbentuklah 8 kumpulan. Aktiviti pada malam itu ialah ‘human machine’, dan berjalan di kawasan periuk api. ‘Human machine’ merupakan aktiviti dimana setiap kumpulan perlu melakonkan cara mesin tersebut berfungsi dan pada masa yang sama kumpulan lain perlu meneka dengan betul mesin apa yang dilakonkan oleh kumpulan tersebut. Aktiviti berjalan di kawasan periuk api merupakan aktiviti dimana setiap ahli kumpulan perlu berjalan sambil mata ditutup dan jika terpijak periuk api yang merupakan kertas-kertas warna akan diberi denda iaitu melakukan apa yang tertera di kertas warna tersebut. Sebelum Sesi tersebut tamat, ACF memberikan mereka tugasan tambahan untuk melakonkan satu persembahan yang akan dilakukan pada malam 17 Nov 2018.

Hari yang berikutnya iaitu 17 Nov 2018, para pelatih berkumpul di dewan hotel untuk slot 1 iaitu pengenalan kepada ACF Alumni, kemudian minum pagi dan sambung untuk slot seterusnya iaitu SPRM masa kini. Kemudian selesai minum petang dan solat Asar, para pelatih berkumpul untuk slot yang seterusnya iaitu ‘teambuilding and walkabout’. Pada malam pula, para pelatih bersama ACF dan pegawai-pegawai atasan SPRM berkumpul beramai-ramai untuk makan malam berkonsepkan ‘Cowboy in the Blue Moon’ dengan tema ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta. Selain makan malam, pegawai-pegawai atasan SPRM dan ACF Alumni dihiburkan dengan persembahan dari setiap kumpulan. Ada yang melakonkan drama dari Ombak Rindu versi rasuah, Paskal versi Rasuah, Hantu Kak Limah versi Rasuah, dan ada juga yang menyanyikan lagu ‘Kalau Berpacaran’ versi Rasuah, dan banyak lagi. Mesti korang nak tahu kumpulan mana yang menang kan? Naib juara merupakan kumpulan ‘Queens n Knights’ yang melakonkan drama Paskal versi Rasuah manakala juara merupakan kumpulan yang melakukan drama Ombak Rindu versi Rasuah.

Hari terakhir diisi dengan bengkel perlaksanaan program dan aktiviti AMAR. Bengkel ini dikendalikan oleh pegawai SPRM tentang penerangan cara-cara membuat kertas cadangan untuk mengadakan program yang berkaitan dengan AMAR di setiap IPT. Setiap kumpulan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Kolej Universiti Saito, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Kolej Universiti Islam Melaka dan Kolej Syuen dikehendaki membentang kertas cadangan di hadapan semua. Kolej Universiti Saito membentangkan program yang bertajuk ‘STOP TALKING, START WALKING, SAY NO TO CORRUPTION’ yang akan dijalankan pada Januari 2019 semasa pengambilan pelajar baru. Antara cadangan yang dibentangkan dari setiap wakil IPT, pihak SPRM mengatakan cadangan dari Kolej Universiti Saito sebagai cadangan yang paling terbaik. Dengan selesainya perbentangan kumpulan, latihan bagi pelatih AMAR diakhiri dengan majlis penutup oleh Tuan Ruslan b Tuan Mat ,Pengarah SPRM.











PROGRAM YANG DITAWARKAN 
---------------------------------------------------------------------------------------
DIPLOMA
(+) Penguatakuasa Undang-Undang
(+) Pengurusan Keselamatan
(+) Pengurusan Perniagaan
(+) Pengurusan Sumber Manusia 
DEGREE
(+)Penguatkuasa Undaang-Undang
(+)Pengurusan Sumber Manusia 

Layari : https://saito-university-college.blogspot.com/

Untuk mendaftar - click Borang ONLINE

TAWARAN BIASISWA 2019 - PAKEJ BIASISWA 

wasap - www.wasap.my/60129182920



PROGRAM YANG DITAWARKAN :

PENGAJIAN & KERJAYA SENI KULINARI

 PENGAJIAN & KERJAYA SENI KULINARI 𝗦𝗣𝗠 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚? 𝐒𝐏𝐌 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝟑 𝐊𝐑𝐄𝐃𝐈𝐓? 𝐓𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐋𝐀...

PENGAMBILAN SAITO UC SESI 2024 :